KURSUS SABUN,PRODUK KESIHATAN WANITA,SEKSUAL LELAKI

Tentang Kami

Picture
U-Right Inspiration merupakan sebuah Syarikat Bumiputera Islam yang menjalankan perniagaan memproses dan mengedar produk berasaskan kosmetik dan ubatan tradisional.    Ia ditubuh pada 01 Januari 2005 dengan modal sendiri dan memproses pelbagai jenis produk antaranya Minyak lintah gunung, Slimming balm, tonik rambut, sabun kosmetik, bedak resdung, sabun detergent, losyen halia, minyak nilam dan pelbagai lagi dengan menggunakan jenama sendiri . 

  Syarikat juga banyak menerima tempahan dari syarikat lain atas jenama mereka sendiri seperti Elite Rias(Kedah), Atie Beauty House(Kedah), IV6(Kuala Lumpur), R&Z Kosmetic, MnR Kosmetic, Dee Zee Herbal Solution (syarikat jualan langsung), In5 Beauty Centre, Najwa Beauty House (Kelantan) dan banyak lagi. 

  Syarikat banyak memasarkan produk ke salon-salon kecantikan dan kedai ubatan tradisional di seluruh Malaysia termasuk Pasaraya Mydin di Pulau Pinang. Syarikat juga menjalankan aktiviti promosi seperti ekspo, pameran di pasaraya termasuk mendapatkan pengedar-pengedar dikawasan luar bandar. 

  Syarikat mensasarkan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu produk yang dihasilkan. Dengan itu akan menjadikan ia sebagai salah satu diantara syarikat yang terbesar di Malaysia. Syarikat juga merancang untuk membantu para pengguna barangan keluaran U-Right Inspiration mendapat menafaat lain yang tidak dapat diberikan oleh syarikat lain dengan cara memberi insentif kepada para pengguna yang membeli produk pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Insentif ini dibayar berdasarkan dari keuntungan syarikat hasil dari pelbagai aktiviti yang dijalankan.

    Selain dari aktiviti diatas syarikat juga menyediakan  pelbagai jenis kursus kepada orang ramai yang berminat, antara kursus yang di sediakan ialah memproses pelbagai jenis sabun,membuat produk berasaskan fibre glass, memproses kosmetik dan pelbagai jenis minyak angin, balm dan produk makanan dan minuman.

KURSUS SABUN,PRODUK KESIHATAN WANITA,SEKSUAL LELAKI